Muka macam Melayu, terpaksa letak IC atas meja makan

0
2

GARA-GARA memiliki wajah mirip orang Melayu, seorang lelaki berbangsa India terpaksa meletakkan kad pengenalannya di atas meja kerana takut orang salah faham mengenai dirinya.

Menerusi video aplikasi Tiktok yang tular, lelaki itu meletakkan kad pengenalan atas meja sebab takut orang ramai keliru apabila dia makan semasa bulan puasa.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki bersama rakannya sedang mencari barangan keperluan mereka di sebuah pusat beli-belah.

Namun, rakannya berbangsa India itu meminta agar singgah di sebuah restoran untuk makan kerana dia tidak tahan lapar lalu dia menemani rakannya itu untuk makan.

Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah, disebabkan muka rakannya itu kelihatan seperti orang Melayu, dia meletakkan kad pengenalannya di atas meja kerana takut orang akan salah faham.

Kejadian itu membuatkan rakannya tergelak kecil melihatnya gelagatnya itu.

Difahamkan video itu diambil sebelum berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu sebelum kerajaan membuat larangan untuk orang ramai makan di restoran.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki tersebut.

Malah, ada yang berpendapat mesti dia melakukan perkara sedemikian kerana pernah ditegur mukanya seperti orang Melayu.

“Ni mesti pernah kena tegur kes muka macam Melayu” – Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih 1M views, 76.2K likes dan 1,081 comments di TikTok. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here