Tak perlu surat polis jika rentas daerah atas tujuan kerja

0
2

ORANG ramai yang perlu merentas daerah untuk bekerja tidak memerlukan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sebaliknya memadai dengan menyertakan pas kerja atau surat pengesahan majikan, menurut PDRM menerusi ciapan di Twitternya hari ini.

“Tidak perlu. Memadai pas pekerja atau surat pengesahan majikan. Terima kasih,” tulis PDRM di laman sosial tersebut.

Ia menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter sama ada perlu mendapatkan kebenaran PDRM untuk merentas daerah bagi tujuan bekerja.

Pengguna Zarifah Sharina itu memaklumkan dia telah menghubungi balai polis namun dimaklumkan perlu surat polis untuk berulang-alik kerja dari Klang ke Kuala Lumpur.

Semalam, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi kenyataan berkata pergerakan rentas daerah / negeri untuk tujuan kerja tidak perlu surat PDRM.

“Memadai surat MITI dan surat majikan atau pas pekerja (dua item). Surat MITI ini juga tidak perlu dicopkan PDRM. Rakan sekerja kami di @PDRMsia dan @MKNJPM juga maklum,” ciap MITI di Twitter rasminya.

Terdahulu semalam kerajaan mengumumkan semua aktiviti rentas negeri dan daerah tanpa kebenaran PDRM di seluruh negara tidak dibenarkan, berkuat kuasa Isnin ini hingga 6 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sepanjang tempoh itu aktiviti berkaitan sosial, pendidikan dan ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam, tidak dibenarkan.

Ini termasuk aktiviti rasmi, sosial dan aktiviti bersemuka oleh kerajaan serta swasta. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here