KPN ziarah keluarga Konstabel mangsa tembak

0
1

KETUA Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Datin Seri Ir Zaitun Mohd Isa hari ini menziarah ahli keluarga Allahyarham Konstabel Norhalim Tumiran di kediaman mereka di Felda Bukit Damar, Pahang.

Kunjungan itu bagi menyampaikan ucapan takziah daripada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sokongan moral agar mereka tabah serta kuat menghadapi ujian tersebut.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said; Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, pegawai kanan polis dan ahli-ahli PERKEP.

Terdahulu jenazah Norhalim, 25, mangsa tertembak rakan sendiri selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Damar, malam tadi dengan istiadat penghormatan polis.

Jenazah Allahyarham diterbangkan dari Sibu dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiba di Pengkalan Udara TUDM Subang pada jam 4.40 petang semalam.

Abd Jalil dilaporkan berkata, semua proses penghantaran jenazah, urusan solat jenazah, liang lahad diuruskan Polis Pahang dengan kerjasama Polis Sarawak dan Bukit Aman

Dalam kejadian jam 7.20 malam pada 6 Mei lalu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu itu maut dengan kesan tembakan di ruang tamu rumah sewa rakannya.

Polis menemui Norhalim mati dalam keadaan terduduk atas sofa dengan kesan tembakan di telinga kanan.

Mangsa yang tinggal di rumah transit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, baru sebulan setengah ditugaskan di daerah itu selepas menamatkan latihan asas kepolisan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Segamat ­di Johor.

Ketika kejadian, suspek difahamkan bergurau dengan mengacukan pistol sebelum tertekan picu dan melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum waktu berbuka puasa.

Mangsa meninggalkan isteri, Nurfitrah Ramli, 24, dan anak berusia setahun, Nur Alisya Norhalim

Susulan kejadian itu, tiga anggota polis berusia 21 hingga 27 tahun direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here