SEMUA bazar Ramadan dan bazar Aidilfitri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup bermula Isnin ini.
“Bagi bazar Ramadan yang tersenarai dalam sistem Hotspot Identification by Dynamic Engagement (HIDE) pula akan ditutup tiga hari berkuat kuasa serta-merta,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Beliau juga mengumumkan aktiviti sukan dan rekreasi individu dan tidak bersentuhan fizikal dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 dibenarkan.
Katanya, ia mesti dijalankan di kawasan terbuka bagi tujuan kesihatan. – Malaysiapost

