SOP diperketat jika kes terus bertambah

0
1

KERAJAAN akan mendapatkan nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membolehkan prosedur operasi standard (SOP) diperketat sekiranya berlaku pertambahan kes harian.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata ini kerana trend kes dalam negara kita semakin
membimbangkan ditambah pula dengan penemuan varian baru Covid-19.

Keadaan itu, katanya menyebabkan beberapa negeri telah melaksanakan PKP secara bersasar antaranya Kedah, Selangor, Johor dan terbaharu Pulau Pinang dan Pahang susulan beberapa kawasan bertukar menjadi zon merah.

“Pelaksaan PKP ini dibuat berpandukan sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE), yang dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan KKM.

“Ini bermakna, jika sistem HIDE mengesan sesuatu lokaliti merekodkan penularan kes, maka kerajaan akan membuat penilaian risiko bersama KKM untuk menutup sementara bagi PKP dilaksanakan.

“Dalam pada itu, premis yang tersenarai dalam sistem HIDE kerana dikenalpasti sebagai lokasi berisiko kepada penularan
kes Covid-19 akan diarah ditutup selama tiga hari berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Ismail Sabri berkata aktiviti penguatkuasaan bagi semua premis akan dipantau oleh polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagi memastikan tiada kekeliruan, segala keputusan dan pengumuman pelaksanaan PKP di mana-mana kawasan atau negeri akan dibuat oleh Kerajaan Persekutuan selepas
ia diputuskan dalam sidang mesyuarat MKN,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here