Fahmi Reza sekali lagi dipanggil rakam keterangan

0
2

PEREKA grafik, Fahmi Reza dipanggil polis sekali lagi, kali ini berhubung satiranya yang menggambarkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Fahmi berkata, dia dalam perjalanan ke ibu pejabat polis Kajang untuk temu janji.

“Polis telah membuka dua kertas siasatan baru di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana grafik satira saya di Facebook dan Twitter,” katanya.

Fahmi mendakwa ini adalah kali ketiga dia disoal siasat oleh polis kerana lukisan satira Menteri Kesihatan.

Minggu lalu dilaporkan bahawa Fahmi telah dipanggil ke markas polis Kajang dan Sepang pada 6 Mei untuk dua kes baharu terhadapnya.

Dia disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana berniat menghina dan mencetuskan pelanggaran keamanan; dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk dua siaran yang dibuatnya di Twitter.

Sebelum ini, Fahmi ditangkap di sebuah lokasi di ibu negara oleh sepasukan anggota JSJ Bukit Aman.

Penahanan ke atas suspek dibuat susulan satu laporan polis yang diterima berkaitan satu hantaran menggunakan akaun Facebook Fahmi yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/24/fahmi-reza-bebas-dengan-jaminan-polis/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here