UNICEF Malaysia rayu dana bantu perangi Covid-19 di India

0
2

TABUNG Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia melancarkan rayuan bagi mendapatkan dana untuk membantu India memerangi Covid-19. 

Pertubuhan itu menerusi kenyataan hari ini berkata hospital dan pusat kesihatan di seluruh India kini sedang berjuang untuk mengatasi banyak kes baharu.

Katanya, ia memerlukan lebih banyak peranti penumpu oksigen, alat ujian pantas dan penjagaan kesihatan yang kritikal.

“Sistem kesihatan di India sangat parah karena gelombang terbaharu Covid-19,” kata Dr Rashed Mustafa Sarwar, Perwakilan UNICEF di Malaysia dan Wakil Khas ke Negara Brunei Darussalam. 

“Kami tidak boleh meninggalkan India untuk ia memerangi wabak itu sendirian. Kita mesti bertindak segera untuk mengelak kehilangan nyawa. 

“UNICEF telah menyediakan bekalan oksigen yang menyelamatkan nyawa dan peralatan kecemasan lain yang sangat diperlukan untuk tindak balas segera, tetapi banyak lagi diperlukan kerana wabak itu terus merebak dengan cepat,” katanya lagi.

Menurut UNICEF, pihaknya telah menghantar bekalan menyelamatkan nyawa yang kritikal, termasuk 3,000 peranti penumpu oksigen, untuk membantu India dalam pertempurannya melawan Covid-19.

Bersama dengan penumpu oksigen, UNICEF telah membekalkan lebih daripada 500 saluran hidung aliran tinggi dan 85 mesin RT-PCR (ujian Covid). 

“Selain itu, UNICEF menyokong perolehan dan pemasangan 25 loji oksigen dan pemasangan lebih 70 mesin pengimbas termal di pelbagai pelabuhan masuk di seluruh negara itu.

“Sambil memberi sokongan mendesak untuk sistem penjagaan kesihatan, UNICEF juga membantu pemerintah India dalam memastikan layanan penting untuk anak-anak yang paling rentan terus berfungsi,” kata kenyataan itu.

Menurut UNICEF, pihaknya memerlukan RM86 juta (AS $ 21 juta) untuk penghantaran segera bekalan kritikal termasuk produk oksigen dan alat ujian cepat di India, serta lebih RM205 juta (AS $50 juta) untuk menyelamatkan nyawa menerusi intervensi pelbagai sektor.
Satu unit peranti penumpu oksigen yang dapat membantu pesakit Covid-19 bernafas dan menyelamatkan nyawa berharga RM3,200. 

“Hanya memerlukan 10 penderma yang murah hati untuk memberikan RM320 setiap seorang dapat membantu kita mencapai matlamat tersebut.

“Sokongan segera anda diperlukan untuk menyelamatkan nyawa di India.  Syarikat atau organisasi yang ingin mengumpulkan dana untuk rayuan India boleh menghubungi Pasukan Perkhidmatan Penderma UNICEF,” katanya.

Orang ramai boleh menderma secara dalam talian atau mengimbas kod QR melalui: bit.ly/UNICEF-Bantuan-India

Atau hubungi talian derma: 1300 300 010 atau melalui pindahan Bank: Nama Penerima Bayaran: UNITED NATIONS CHILDREN’S FUND-EMERGENCY / Bank: MALAYAN BANKING BERHAD / Account No: 5143 2960 2449. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here