Hanya tinggal 4 daerah zon hijau di Semanjung

0
1

HANYA empat daerah di Semenanjung berada dalam zon hijau setakat semalam, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik dikeluarkan pusat berkenaan, zon hijau tersebut ialah Sik di Kedah, dua di Terengganu iaitu Kemaman dan Hulu Terengganu, dan Jelebu (Negeri Sembilan)

Sementara itu, Semenanjung mempunyai 20 daerah zon kuning dengan tujuh daripadanya di Pahang, selain lima zon jingga manakala 58 zon merah.

Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Melaka menyaksikan semua daerah berada dalam zon merah, manakala di Johor dan Kelantan hanya satu zon kuning manakala daerah lain zon merah.

Pada masa sama, di Sarawak tiada satu pun zon hijau direkodkan dengan 24 daerah zon merah, empat zon jingga dan 12 zon kuning.

Sabah mempunyai tujuh zon hijau, sembilan zon kuning, tiga zon jingga serta lapan zon merah.

Zon merah mempunyai lebih daripada 40 kes positif virus berkenaan dalam tempoh 14 hari, kawasan yang mempunyai 21 hingga 40 kes positif dirujuk sebagai zon jingga.

Zon kuning pula merujuk kepada kawasan yang mempunyai satu hingga 20 kes positif, manakala zon hijau adalah kawasan yang tiada kes positif.

Selangor mencatatkan paling banyak kes aktif dengan lebih 11,000 kes, diikuti Sarawak lebih 7,000 kes aktif dan kelantan lebih 6,000 kes aktif.

Enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Klang, Petaling, Gombak, Sepang dan Kuala Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, 6 Mei sehingga 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here