Suntikan vaksin AstraZeneca bermula hari ini

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hari ini bermula pemberian vaksin AstraZeneca (AZ) kepada sukarelawan bermastautin di Selangor dan Kuala Lumpur.

KKM menerusi ciapan di Twitter @KKMPutrajaya, mengingatkan kepada semua penerima vaksin hari ini agar membawa MyKad untuk urusan pendaftaran.

“Hari ini bermulanya pemberian vaksin AstraZeneca kepada sukarelawan yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor yang telah berjaya menempah slot,” ciap KKM.

Menurut KKM, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang tersenarai ialah di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

“Empat Pusat Pemberian Vaksin dibuka khas iaitu UM, UKM (Bangi), PWTC dan IDCC Shah Alam.

“Jangan lupa bawa MyKad,” kata KKM.

Terdahulu, tempahan slot vaksin AstraZeneca (AZ) yang dibuka bermula 12 tengah hari pada Ahad lalu, habis hanya dalam tempoh kira-kira tiga jam sahaja.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, 260,000 slot untuk vaksin itu sudah habis ditempah namun orang ramai masih boleh memohon sebagai senarai menunggu.

“Semua slot tempahan AZ sudah penuh. Maaf atas gangguan awal dan perlu ‘refresh’ beberapa kali.

“Anda masih boleh klik pada kotak kelabu untuk diletakkan dalam senarai menunggu bagi tempoh dua jam,” katanya menerusi Twitter.

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, janji temu akan diberikan segera melalui aplikasi MySejahtera atau SMS kepada yang berjaya membuat tempahan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here