KDN terus beri kerjasama, sokongan jitu kepada PDRM – Hamzah

0
1

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan terus memberikan kerjasama erat dan sokongan jitu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ia melibatkan segala aspek bagi memastikan kekuatan pasukan PDRM dapat terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman.

Beliau turut mengucapkan tahniah dan selamat berkhidmat kepada Ketua Polis Negara ke-13 Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang mengetuai PDRM sejak kelmarin.

“Semoga kepimpinan baharu PDRM yang diterajui Acryl Sani dapat memartabatkan nama baik PDRM ke peringkat lebih tinggi sebagai institusi utama yang menentukan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam dalam negara,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Kelmarin, Acryl Sani menerima Tongkat Kuasa Ketua Polis Negara daripada Tan Sri Abdul Hamid Bador pada majlis serah terima tugas jawatan nombor satu PDRM itu yang disaksikan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Hamzah bagaimanapun tidak hadir majlis berkenaan kerana dilaporkan menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pelantikan Acryl Sani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here