Malaysia dilantik Lembaga Pengarah Eksekutif WHO rantau Barat Pasifik

0
2

MALAYSIA dilantik sebagai Lembaga Pengarah Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi penggal 2021-2024 sebagai wakil rantau Barat Pasifik.

Menteri Kesihatan Datuk Sri Dr Adham Baba, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah WHO rantau Barat Pasifik, Dr Takeshi Kasai.

Menurutnya, satu mesyuarat bersama Dr Takeshi diadakan petang tadi bagi membincangkan tentang strategi dan pengurusan Covid-19 di Malaysia serta situasi semasa di seluruh dunia.

“Turut hadir sama dalam mesyuarat tadi adalah wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr Lo Ying-Ru Jacqueline dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Selain itu, WHO turut mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana akan dilantik sebagai Lembaga Pengarah Eksekutif WHO yang akan datang bagi penggal 2021-2024 bagi mewakili rantau barat Pasifik,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dr Adham berkata, keahlian bagi rantau ini pada masa sekarang adalah dianggotai oleh wakil dari Fiji dan Vietnam.

“Sebelum itu, bagi penggal 2015-2018, ia diwakili oleh New Zealand, Thailand dan Filipina.

“Lembaga Pengarah Eksekutif WHO ini meliputi wakil-wakil daripada rantau Afika, Eropah, Timur Mediterranean, Timur dan Asia Selatan, Pasifik Barat dan Amerika,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here