Perhilitan rampas beg kulit buaya

0
1

JABATAN Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas beg silang disyaki diperbuat daripada kulit buaya dalam satu pemeriksaan di sebuah premis di Senai, Johor.

Rampasan itu hasil maklumat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum pemeriksaan dijalankan pada 29 April lalu.

“Hasil maklumat daripada JKDM, Perhilitan Johor bertindak merampas satu beg silang disyaki diperbuat daripada kulit buaya.

“Beg silang itu dipercayai telah dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia tanpa sebarang dokumen import dan eksport yang sah,” menurut kenyataan Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia hari ini.

Menurut kenyataan itu, satu laporan polis juga telah dibuat mengenai rampasan itu dan barang rampasan dibawa ke Perhilitan Johor untuk tindakan selanjutnya.

“Jabatan Perhilitan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JKDM atas penyaluran maklumat bagi membanteras jenayah hidupan liar di Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here