20 Ahli Parlimen wanita negara menggesa kerajaan serius, prihatin dan menjaga kepentingan pelajar berusia 17 tahun yang mendedahkan mengenai jenaka rogol melibatkan gurunya.
Menerusi kenyataan media bersama, 20 Ahli Parlimen wanita itu juga menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, menyuarakan keprihatinan mereka mengenai kes jenaka rogol yang didedahkan oleh Ain Husniza binti Saiful Nizam.
Menurut kenyataan itu, pendedahan seorang pelajar berusia 17 tahun mendakwa jenaka rogol itu dilakukan seorang guru lelaki di sebuah sekolah, dan ancaman rogol daripada rakan sekelasnya wajar diberi perhatian serius serta diambil tindakan segera oleh kerajaan.
“Walaupun laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa, kami Ahli-Ahli Parlimen Wanita telah meminta pihak kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) serta dasar yang sedia ada berhubung kaedah siasatan yang dilakukan terhadap laporan gangguan seksual yang berlaku di sekolah seperti ini dan di semua institusi pendidikan.
“Kami menuntut komitmen Perdana Menteri untuk memberikan jaminan keselamatan kepada para pelajar yang berada di sekolah. Pelajar seharusnya berasa selamat di sekolah serta dilindungi oleh guru mereka dan bukan sebaliknya,” kata kenyataan itu hari ini.
Berikut adalah senarai nama 20 Ahli Parlimen wanita tersebut :
(1) Datuk Seri Azalina binti Othman Said (Ahli Parlimen Pengerang)
(2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Ahli Parlimen Pandan)
(3) Datuk Seri Hajah Nancy Shukri (Ahli Parlimen Batang Sadong)
(4) Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin (Ahli Parlimen Masjid Tanah)
(5) Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
(6) Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
(7) Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
(8) Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
(9) Fuziah binti Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)
(10) Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
(11) Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
(12) Maria Chin Abdullah (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
(13) Rusnah binti Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu)
(14) Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
(15) Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
(16) Alice Lau (Ahli Parlimen Lanang)
(17) Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun (Ahli Parlimen Beaufort)
(18) June Leow Hsiad Hui (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
(19) Noorita binti Sual (Ahli Parlimen Tenom)
(20) Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)-Malaysiapost

