Video pukul: Polis tahan 6 lelaki termasuk Yusuf Azmi

0
2

ENAM individu termasuk Yusuf Azmi ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung video tular kejadian seorang lelaki warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kawasan kaki lima kedai di Taman Alam Jaya Batu 9 Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya telah menahan enam lelaki berusia antara 24 hingga 54 tahun.

“Bagaimanapun, seorang daripada mereka telah diberikan jamin polis malam tadi memandangkan dia adalah pemilik premis di tempat kejadian.

“Sementara, kelima-lima lelaki yang ditahan itu telah dibawa ke Mahkamah Kajang bagi permohonan reman. Semua mereka direman selama sehari. Kes masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Mohd Zaid memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian ini, boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Mohd Radzee Jamudi di talian 019-665 5811.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan sekumpulan lima hingga enam lelaki mengepung dan menyoal seorang lelaki dipercayai warga asing di hadapan sebuah premis kedai.

Menerusi video berdurasi seminit 54 saat itu, seorang suspek memukul lelaki warga asing berkenaan diikuti beberapa rakan suspek melakukan tindakan sama.

Beberapa hantaran di Facebook (FB) mendakwa kejadian itu didalangi kumpulan suspek terdiri daripada pengerusi dan pengikut sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang marah kepada suspek kerana didakwa menjual baju cetak rompak NGO terbabit.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/05/04/polis-siasat-video-lelaki-tempatan-pukul-warga-asing/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here