Tidak benar satu dunia hadapi masalah sama – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak menafikan komen-komen yang selalu diutarakan netizen iaitu “Satu dunia hadapi masalah sama, bukan Malaysia sahaja!!!”.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata banyak negara lain lebih berjaya nengawal Covid-19 dan ekonomi mereka sedang memulih.

Malah katanya, ada negara yang mula catat pertumbuhan ekonomi paling tinggi dalam sejarah.

“Tidak benar juga bahawa Covid-19 semakin teruk di seluruh dunia.

“Misalnya, program vaksinasi Amerika Syarikat yang pantas dan sangat berjaya juga telah mula memberi impak dan kes Covid sana dalam trend menurun.

“Semasa kita umumkan darurat, kes baru USA adalah sekitar 250,000 sehari. Semalam jatuh ke 30,000,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata begitu juga dengan United Kingdom (UK) di mana kes baharu jatuh daripada 60,000 ketika Malaysia umum darurat kepada 1,671 kes semalam.

“Tahukah anda bahawa Malaysia hanya berjaya memberi 5,316 dos vaksin pada hari Sabtu? Jauh di bawah sasaran 160,000 dos sehari.

“Negara-negara lain seperti Australia, New Zealand, China, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong sudah lama lebih berjaya kawal Covid dan kini ekonomi mereka semakin pulih,” katanya.

Najib menambah, ada juga netizen yang beri jawapan “Syukur, kita tak sama dengan India. Tengok negara itu sekarang. Covid di Malaysia tak seteruk sana.”

Mengulas mengenainya, Najib menjelaskannya beliau tidak mengambil situasi yang paling teruk keadaannya untuk buat perbandingan syok sendiri atau digunakan sebagai alasan.

“Saya pilih untuk ambil yang lebih baik sebagai benchmark supaya negara boleh maju sebab akhirnya yang mendapat manfaat ialah kehidupan kroni saya, rakyat,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here