Safawi dilamar kelab Portugal

0
4

Muhammad Mustakim Ramli

KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan menerima tawaran dari dari Portimonense SC bagi mendapatkan pemain sensasinya, Safawi Rasid.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest, berkata pihaknya percaya tawaran kelab Liga Premier Portugal adalah terbaik buat JDT dan Safawi.

“Kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah. 

“Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” katanya menerusi Facebook pasukan berkenaan, sebentar tadi.

Jika perpindahan pemain berusia 23 ini menjadi kenyataan, Safawi akan menjadi pemain kedua negara beraksi bersama pasukan divisyen 1 di Portugal selepas Nazmi Faiz Mansor.

Portimonense SC berada di kedudukan ke-17 dalam liga pada musim ini.