Kanak-kanak perempuan maut angkara asap jerami

0
2

SEORANG kanak-kanak perempuan maut dan seorang lagi cedera parah terlibat dalam kemalangan angkara asap tebal dari pembakaran jerami di Jalan Kampung Parit Haji Taib 2, Bagan Serai, Perak pada petang tadi.

Insiden itu membabitkan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki bersama mangsa berusia 6 tahun serta seorang bayi berumur satu bulan bersama ibunya, telah melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di jalan berkenaan.

Menurut maklumat, pemandu lori tersebut berhenti kerana asap tebal dari pembakaran jerami padi, malah dihadapannya juga dikatakan ada sebuah lagi lori yang berhenti.

Mangsa duduk dalam raga motosikal berkenaan, manakala bayi dan ibunya membonceng di belakang.

Kedua beranak itu cedera kecil, manakala penunggangnya mendapat kecederaan parah akibat merempuh lori berkenaan.

Ibu dan bayi itu dibawa ke Klinik Kesihatan Teluk Medan, manakala mangsa yang maut dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Malaysia Post sedang berusaha mendapatkan pengesahan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. – MalaysiaPost