Kerajaan tangguh kenaikan kadar tol 3 lebuh raya tahun ini

0
2

KERAJAAN bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol tahun ini sehingga 31 Disember 2021.

Penangguhan itu melibatkan tiga lebuh raya yang sepatutnya mendapat kenaikan mulai 1 Januari lalu iaitu Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selain itu terdapat lebuh raya dan plaza tol yang diteruskan penangguhan kenaikan kadar tol yang telah diberi penangguhan sebekum ini.

Katanya, ia melibatkan 21 lebuh raya dan satu plaza tol (ditangguhkan semua kelas kenderaan) antaranya Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Lenuhraya Duta – Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX).

“Satu lebuh raya dan dua plaza tol (ditangguhkan kenderaan kelas 1 dan kelas 5 sahaja), satu lebuh raya dan tiga plaza tol (ditangguhkan kenderaan kelas 5 sahaja) dan satu lebuh raya (ditangguhkan kenderaan kelas 2,3,4 dan 5 sahaja),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Fadillah berkata, susulan penangguhan itu, anggaran pampasan yang perlu ditanggung kerajaan adalah RM2.25 bilion dan perundingan untuk menstruktur semula kadar tol secara bersama dengan syarikat konsesi masih berjalan.

“Kabinet bersetuju untuk dimuktamadkan sebelum tahun 2023.

“Anggaran pampasan ini adalah berdasarkan formula pengiraan pampasan ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

“Jumlah sebenar bayaran pampasan tol akan ditentukan selepas proses verifikasi trafik dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia,” katanya.

Beliau berkata penangguhan kenaikan kadar tol itu juga sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat, kesan penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here