SOP Aidilfitri, rentas daerah diputuskan Isnin ini

0
1

SIDANG Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan bermesyuarat Isnin ini bagi memutuskan

PROSEDUR operasi standard (SOP) bagi pencegahan Covid-19 sempena sambutan Aidilfitri dan rentas daerah akan diputuskan dalam mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP yang bakal dikeluarkan adalah berdasarkan cadangan serta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), lapor Berita Harian.

“Petang ini Jawatankuasa Teknikal akan berbincang kemudian akan dibentangkan dalam Sidang Khas MKN Isnin ini yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Jadi kita akan mendengar pembentangan KKM terutama mengenai apa nasihat yang akan diberikan sebab SOP dikeluarkan berdasarkan nasihat KKM,” katanya.

Beliau ditemui media selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian Program E-BAKAT di Rumah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kuala Lumpur hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here