SOROTAN daripada kisah selebriti terkenal, Neelofa yang didenda atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) masih belum lagi berakhir.
Tular pula laporan bahawa jenama perhiasan batu kristal antarabangsa, Swarovski tidak lagi mahu meneruskan kerjasama bersama pengacara popular itu.
Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi Swarovski, apabila seorang netizen bertanya mengenai kolaborasi Neelofa bersama jenama terkemuka itu.
Pemilik akaun @azba95 mengulang kicau ciapan berkenaan kesalahan ingkar SOP yang dilakukan Neelofa, dan membandingkan jika situasi tersebut dilakukan oleh selebriti Korea Selatan maka, tawaran sebagai duta akan ditarik balik.
Selain itu, pemilik akaun tersebut juga menulis nama akaun Swarovski di ruangan kaspyen.
Membalas ciapan tersebut, Swarovski berkata “Kami mengesahkan bahawa tidak lagi bekerjasama dengan Neelofa”.
Neelofa merupakan wanita bertudung pertama yang menjadi penghias billboard jenama antarabangsa Swarovski sejak 2017.
Malahan, busana pernikahan Neelofa turut dihiasi dengan 5000 butir batu kristal Swarovski. – Malaysiapost

