Laporan tidak tepat: KDN panggil portal berita, akhbar berbahasa Cina

0
2

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) memandang serius laporan media yang tidak tepat diterbitkan portal Malaysiakini dan akhbar China Press berhubung kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani semalam.

Sehubungan itu, KDN akan memanggil pihak Malaysiakini dan China Press untuk mendapatkan penjelasan serta maklumat lanjut berhubung laporan media tersebut.

“KDN menasihatkan para pengamal media untuk mengekalkan prinsip kewartawanan yang baik bagi memelihara kewibawaan laporan-laporan yang diterbitkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan kenyataan ‘mungkin gurauan’ oleh Acryl Sani berhubung kes pelajar perempuan diugut rogol, tidak bermaksud isu berkenaan ‘hanya sekadar gurauan’.

Sebaliknya, menurut PDRM, perkataan ‘mungkin gurauan’ yang disebut Acryl Sani sebagai respon kepada pertanyaan wartawan, telah digambarkan secara salah serta mengelirukan.

PDRM menerusi kenyataannya berkata, tajuk laporan Malaysiakini dan China Press amat mengelirukan kerana tidak memberi gambaran tepat mengenai kenyataan sebenar dibuat semasa sidang media.

Jelas PDRM, tajuk laporan yang hanya merujuk kepada sebahagian respon dan menggambarkannya sebagai inti pati kenyataan, adalah tindakan tidak bertanggungjawab.

Malah, ia boleh menimbulkan kegusaran masyarakat, mencemar kredibiliti siasatan serta mewujudkan spekulasi negatif terhadap mangsa dalam kes tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here