Caprice mahu buka tabung bantu ‘settle’ kompaun peniaga burger

0
3

PENYANYI rap, Caprice meluahkan hasrat untuk membuka tabung bagi mengumpul dana membantu peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000.

Caprice memuat naik rakaman perbualannya bersama peniaga burger yang dikompaun RM50,000 di Instagram

Pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu berkata dia telah menghubungi peniaga burger tersebut, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, bagi menyatakan hasratnya dan kini menunggu persetujuannya.

“Alhamdulillah guys kita dapat contact Abe Faisal. Kalau esok Abe kata ons, Caprice akan buka tabung kitafund atau a public tabung untuk bantu settle kompaun RM5Ok yang dia kene bayar sebelum May 9th (5 hari sebelum raya). Insya-Allah! Kita jaga kita,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Hantaran tersebut mendapat maklum balas positif daripada pengikut Caprice yang rata-rata turut menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan bagi meringankan beban peniaga berkenaan.

Semalam, Wan Mohd Faisal meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan kompaun RM50,000 oleh polis bagi kesalahan berniaga melebihi had masa ditetapkan.

Beliau mendakwa didatangi beberapa anggota polis ketika menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam sebelum dikompaun RM50,000.

“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar ke pekerja kilang.

“Saya agak terkejut apabila dikenakan kompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here