Leicester semakin sahkan kedudukan ke Liga Juara-Juara

0
3

JUARA 2016, Leicester City semakin menghampiri slot ke Liga Juara-Juara musim depan selepas menewaskan Crystal Palace 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Jaringan ke-17 oleh Kelechi Iheanacho musim ini – yang ke-14 dalam 14 perlawanan terakhirnya – memastikan skuad bimbingan Brendan Rodgers bangkit dari ketinggalan sebelum meraih tiga mata.

Wilfried Zaha meletakkan Palace di depan sebelum Timothy Castagne dan Iheanacho memastikan Leicester tujuh mata mengatasi pasukan tangga kelima, West Ham.

Tiga kemenangan dari lima perlawanan terakhir akan menjamin Foxes, yang kini di kedudukan ketiga untuk berada di kedudukan empat teratas.

Untuk tiga perlawanan akan datang, Leicester yang berada empat mata di hadapan Chelsea, akan berkunjung ke Southampton sebelum bertemu Newcastle dan pasukan tangga kedua, Manchester United. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here