KERAJAAN akan mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setiap negeri sempena perayaan Aidilfitri,esok, kata Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi esoklah,” katanya seperti dilaporkan Bernama apabila ditanya mengenai status PKP berkenaan termasuk kebenaran rentas negeri dan daerah sewaktu perayaan hari raya Aidilfitri.
Sebelum ini, enam negeri kekal dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama dua minggu mulai 15 hingga 28 April ini membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.
Sepuluh negeri lagi kekal dengan pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh yang sama dengan enam negeri PKPB, yang berakhir 28 April 2021. – Malaysiapost

