Abang burger berniaga depan rumah dikompaun RM50,000

0
3

SEORANG lelaki yang juga peniaga burger dilaporkan dikompaun RM50,000 oleh polis ketika sedang berniaga di hadapan rumahnya.

Menerusi perkongsian di Facebooknya, pemilik akaun dengan nama Faisal Burger berkata dia dikompaun setelah polis datang di hadapan rumahnya.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di hadapan rumahnya di Pengkalan Chepa, Kelantan malam tadi.

Untuk rekod, seluruh Kelantan kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alahai dugaan bulan puasa… nego (berniaga) burger depe (depan) tangga rumah… pukul 11 malam polis mari. Nego burger kena kompaun 50k.

“Semoga rezeki aku dan keluarga bertambah
ada hikmah di sebalik kejadian. Niaga pun untuk wak (buat) lepas bayar bil bule2 (bulanan) jah (sahaja),” katanya.

Faisal turut memuat naik notis kompaun di Facebooknya.

Berdasarkan notis tersebut, dia dikompaun kerana membuka kedai makan di hadapan rumah melebihi had masa dalam tempoh PKP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here