Perbualan menteri KDN pula kena rakam?

0
2

AHLI Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin membuat laporan polis.

Ia susulan sejak malam tadi audio rakaman mirip suara Hamzah berkaitan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau mempersoalkan jika benar suara tersebut milik Menteri Dalam Negeri, maka adakah Malaysia sebuah negara selamat?

“Ia bukan soal siapa yang rakam dan apakah ia tulen, tetapi soalnya apakah butiran perbualan itu satu skandal?

“Maka siasatan mesti menyeluruh. Tetapi siapakah yang berkuasa untuk arah siasatan segera dibuat. Menteri KDN atau IGP (Ketua Polis Negara)?

“Nampaknya Hamzah Zainudin kena buat laporan polis terlebih dahulu. Baru siasatan dapat dimulakan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Mohd Puad turut mempersoalkan susulan pendedahan audio berkenaan, apakah dalam masa terdekat ini akan tercetus perang besar, dedah mendedah dan konflik yang menghakis keyakinan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini Hamzah menafikan pembabitan beliau dalam urusan pertukaran pegawai kanan polis.

Beliau dilaporkan berkata, sebarang urusan pertukaran pegawai kanan polis adalah keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP).

Baru-baru ini tular satu rakaman audio mirip suara Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berbual mengenai perjalanan Perhimpunan Agung Umno, hujung bulan lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here