Polis yakin Nur Sajat sembunyi di luar negara

0
3

POLIS percaya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat yang diburu pihak berkuasa agama, kini berada di luar negara, kata Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata ia hasil maklumat terkini pihaknya yang mana usaha mengesan usahawan kosmetik itu sedang giat dilakukan, lapor Berita Harian.

“Bagaimana dia (Nur Sajat) berada di sana (luar negara), Wallahualam. Mungkin dia menggunakan kaedah tertentu yang memungkinkan dia boleh berada di luar negara.

“Kita tidak akan berputus asa untuk mengesannya. Kita akan bantu mahkamah syariah untuk mengesan dia kerana ini kes mahkamah.

“Jika subjek ini (Nur Sajat) berada dalam negara, Insya-Allah kita akan dapat jejak dan kesan. Sementara waktu ini kita sabar dulu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

Pada 23 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal hadir sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.

Difahamkan Nur Sajat bersembunyi sebaik waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Mengulas lanjut, Acryl Sani berkata pihaknya menerima pelbagai maklumat berhubung lokasi persembunyian Muhammad Sajjad termasuk di Johor dan Kelantan.

“Maklumat ini macam-macam (diterima). Ada orang kata dia di Johor dan Kelantan. Maka maklumat itu kita ambil tindakan dan jika betul dia akan dapat dikesan.

“Tapi apa yang berlaku dia tiada di sana. Bagaimanapun, kita tidak akan berputus asa, maklumat dan petunjuk diperoleh akan diteliti untuk tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu Acryl Sani enggan mengulas spekulasi beliau akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan bersara Mei ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/30/keluarga-tidak-tahu-lokasi-sajat-mais/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here