Kerajaan akan guna vaksin AstraZeneca

0
3
vaksin

KERAJAAN mengesahkan vaksin AstraZeneca selamat digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang kini memasuki fasa kedua.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata vaksin itu akan digunakan untuk golongan 60 tahun ke atas dalam PICK fasa kedua ini.

“Vaksin AstraZeneca disahkan selamat dan akan digunakan untuk golongan 60 tahun ke atas kerana ia yang paling sesuai untuk golongan itu.

“Jadi kita ada banyak vaksin sebagai pilihan sekarang iaitu Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca,” katanya dalam sidang media berhubung status minggu an Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, vaksin Sinovac pula sudah diluluskan untuk dikilangkan di Malaysia dan dijangka akan menghasilkan 2 juta vaksin sebulan.

Katanya, bagi vaksin AstraZeneca negara sudah menerima 280,000 dos dan akan menggunakannya.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya mengehad atau menghentikan penerbangan dari India susulan peningkatan kes di negara berkenaan selain varian mutasi berkembar Covid-19.

“Kita berkemungkinan besar akan memohon kerajaan untuk menghad atau menghentikan penerbangan dari India berikutan ada mutasi berganda,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here