PENYEBARAN berita mengenai kebenaran merentas negeri bermula Isnin ini adalah tidak benar dan tindakan tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan orang ramai.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam satu hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan perkara itu adalah palsu dan orang ramai diminta berhenti menyebarkan berita itu.
“Berita bertajuk ‘Orang ramai boleh rentas negeri mulai Isnin ini’ yang tular adalah palsu dan merupakan tindakan tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan orang ramai.
“Berhenti menyebarkan berita ini. Pastikan sahih, baru kongsi!,” menurut kenyataan itu.
Difahamkan, berita tersebut adalah berita lama pada Disember lalu yang ditular semula. – Malaysiapost

