POLIS masih belum menerima arahan lanjut berhubung kes perkahwinan usahawan dan selebriti terkenal Neelofa bersama suaminya PU Riz.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah, berkata selepas kertas siasatan berhubung kes itu dihantar semula minggu lalu dengan membuat beberapa penambahan mengikut arahan Jabatan Peguam Negara (AGC), pihaknya masih belum menerima arahan lanjut.
“Belum. Masih di AGC Putrajaya,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Malaysiapost melalui WhatsApp hari ini.
Sebelum ini Mohamad Zainal dilaporkan berkata, polis mencadangkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor, 32 dan pasangannya pendakwah bebas, Haris Ismail dikenakan kompaun atas kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Ia susulan majlis perkahwinan pasangan terbabit di sebuah hotel pda 27 Mac lalu dikatakan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Gambar yang menunjukkan jemputan di majlis berkenaan tidak mematuhi SOP tular di media sosial dan mendapat kecaman ramai.
Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). – Malaysiapost
Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/17/kertas-siasatan-kes-langgar-sop-neelofa-dipulangkan-semula/

