Sempena Ramadan, Annuar ajak semua parti Melayu, Islam muzakarah

0
1

MENGAMBIL keberkatan sempena Ramadan, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengajak semua pemimpin parti politik Melayu, Islam dan Bumiputera mengadakan pertemuan dan muzakarah.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata ia bagi memantapkan muafakat dan kerjasama dalam usaha membentuk kestabilan politik dan memulihkan ekonomi.

“Pemimpin Islam harus mempamerkan daya kepimpinan yang tinggi lagi dihormati.

“Hanya Muafakat yang akan mengembalikan kekuatan. Perpecahan hanya menggembirakan musuh politik.

“Pandang ke hadapan dan letakkan kepentingan ummah di hadapan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional (BN) menambah, semua parti-parti berkenaan juga digesa supaya jangan berlengah dalam melaksanakan agenda membela agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini, Annuar antara pemimpin Umno yang paling lantang mengajak parti itu supaya menjalinkan kerjasama dengan Bersatu, PAS serta parti-parti dan pertubuhan Melayu Islam, seterusnya mengelak daripada perpecahan pada Pilihan Raya Umum akan datang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here