Peranti bantuan perlu diberi segera bagi hadapi PdPR sekali lagi – Najib

0
1
Pix via Malaysiapost

KERAJAAN digesa mempercepatkan pemberian bantuan 150,000 peranti bagi murid golongan B40 susulan keadaan Covid-19 di negara ini yang memungkinkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan sekali lagi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bantuan itu diluluskan dalam Bajet 2021 lalu dan kerajaan janji akan mempercepatkan pemberiannya pada Februari lalu atas keperluan mendesak bagi murid yang diperlu menjalani pendidikan di rumah akibat Covid-19.

“Tapi diumum kerajaan semalam bahawa bantuan ini hanya akan diberi sepenuhnya pada akhir September! Ketika ini, sekolah seluruh negara bergilir ditutup semula. Seluruh Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi.

“Melihat keadaan Covid-19 yang masih tinggi dan semakin banyak jumlah kluster-kluster pendidikan diumum walaupun sudah 3 1/2 bulan melaksanakan darurat, ia tidak mustahil bahawa semua sekolah seluruh negara akan diarah tutup semula dan semua pelajar disuruh untuk menjalankan PdPR sekali lagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, jika perkara itu berlaku bagaimana murid yang memerlukan peranti berkenaan hendak menjalani PdPR.

“Dalam keadaan ekonomi terjejas teruk, harga barang dapur yang naik mencanak dan ramai menganggur atau pendapatan mereka yang banyak berkurang, adakah kerajaan fikir bahawa keluarga miskin ada kelebihan wang RM1,000 untuk beli tablet untuk anak-anak mereka?

“Sebab itu, kerajaan PN (Perikatan Nasional) tidak boleh ego. Jangan terus mementingkan dan berharap pada kontaktor terpilih yang terbukti gagal memenuhi jadual,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan perlu membuat tender terbuka segera supaya semua pembekal dalam Malaysia berpeluang untuk membekal dan menghantar kesemua 150,000 unit kepada keluarga miskin dengan serta-merta.

“Jika dibuat open tender tetapi kosnya didapati sehingga 30 peratus lebih tinggi pun, ia bermaksud bajet hanya akan naik RM45 juta dari RM150 juta ke RM195 juta. Masih berbaloi dan ada kemungkinan kos akan kurang dari RM150 juta pun jika dibuat open tender.

“Apakah kenaikan kos RM45 juta ini sekiranya dibandingkan dengan nilai untuk masa depan 150,000 murid miskin?,” soalnya.

Najib berkata, kegagalan kerajaan membekal 150,000 unit peranti pada masa yang dijanjikan itu akibatnya akan menghalang 150,000 murid miskin untuk mendapatkan pendidikan dan ia membuktikan kerajaan gagal sepenuhnya.

“Ini cuma 150,000 unit sahaja. Bukan 1.5 juta netbook 1Malaysia yang berjaya diagihkan pada masa kerajaan BN (Barisan Nasional),” sindirnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/02/15/mtuc-desak-tangguh-perbaiki-pdpr/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here