Kelantan masih tinggi kadar kebolehjangkitan Covid-19

0
2

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh Malaysia adalah 1.12. Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, menunjukkan Kelantan masih tertinggi kadar Rt iaitu 1.36. Diikuti Kuala Lumpur (1.21), Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing pada paras 1.13. Di Kedah kadar kebolehjangkitannya adalah 1.10, diikuti Melaka (1.08), Sabah (1.05), Terengganu (1.01), Perak (1.0), Putrajaya (0.97), Pulau Pinang (0.96) dan Labuan (0.80). Hanya Perlis mencatatkan satu kes sahaja semalam. Kes baru harian Covid-19 di Malaysia masih mencatat angka melebihi 2,000 sejak beberapa hari lalu dengan jumlah terbaharu semalam 2,690 kes baru menjadikan kes keseluruhan setakat ini adalah 392,942 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here