Pemimpin ASEAN capai konsensus 5 resolusi krisis Myanmar

0
3

MESYUARAT Khas Pemimpin ASEAN bagi membincangkan situasi di Myanmar semalam menyaksikan pemimpin negara anggota menerima secara konsesus tiga pendirian Malaysia berhubung krisis negara itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Malaysia dengan berani, tegas dan konsisten menuntut supaya situasi di lapangan di Myanmar diredakan serta mendesak pembunuhan serta keganasan terhadap orang awam dihentikan segera.

“Selain itu, Malaysia juga menuntut supaya tahanan politik dibebaskan dengan segera tanpa syarat.

“Benarkan Pengerusi ASEAN dan Setiausaha Agung ASEAN mendapat akses ke Myanmar termasuk terhadap semua pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Hishammuddin berkata, selain tiga pendirian berkenaan pemimpin ASEAN juga sebulat suara bersetuju dengan dua lagi desakan.

“Semua pihak terlibat mesti memulakan dialog bagi mencari jalan penyelesaian yang aman demi kepentingan rakyat.

“Serta, benarkan bantuan kemanusiaan dihulurkan melalui ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on disaster management (AHA) Centre,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, disebalik desakan dan pendirian itu, ASEAN sangat menuntut respon segera dari Myanmar untuk menghentikan keganasan terhadap orang awam.

“Dalam hal ini, Ketua Tentera Myanmar tidak katakan tidak. Harap ini dapat jadi pemula kepada penyelesaian menyeluruh krisis politik Myanmar,” katanya.

Mesyuarat Khas Pemimpin ASEAN itu berlangsung di Sekretariat ASEAN di Jakarta dan dipengerusikan oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here