SOP Aidilfitri dibentang minggu depan

0
2

KERAJAAN akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) kepada orang ramai bagi sambutan Aidilfitri minggu depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini telah membentangkan SOP takbir, solat Aidilfitri, ziarah kubur dan perkara lain berkaitan sambutan hari raya.

Katanya, kerajaan kini sedang memperhalusi lagi SOP tersebut kerana terdapat beberapa teguran mengenai cadangan Jakim itu.

“Justeru, kita akan mengemaskini dan tambah baik SOP Aidilfitri itu,” katanya pada sidang media, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa kerajaan akan mengumumkan SOP lebih terperinci mengenai sambutan Aidilfitri, pada minggu depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here