Padah isteri muat naik video bersiar dengan helikopter, pegawai polis diturunkan pangkat

0
3

TINDAKAN isteri seorang pegawai polis merakam video bersiar-siar menaiki helikopter milik Polis Diraja Thailand dan kemudian memuat naiknya ke laman TikTok mengundang padah apabila suaminya diturunkan pangkat susulan perkara itu.

Menurut media tempatan, pegawai polis yang berkhidmat di Balai Polis Udon Thani sebagai detektif itu bukan sahaja diturunkan pangkat tetapi turut dipindahkan ke jabatan yang tidak penting.

Video rakaman bersiar menaiki helikopter itu di muat naik isteri pegawai polis terbabit dengan menggunakan akaun TikTok @keng_pakapawan

Bagaiamapun video berkenaan sudah dipadam selepas ia menjadi tular.

Wanita terbabit memulakan videonya dengan bergaya di hadapan pesawat terbabit dan sepanjang rakaman dibuat ketika bersiar bersama suaminya, dia turut menunjukkan permandangan dari helikopter berkenaan.

Sementara itu Ketua Polis Udon Thani, Pitsanu Unhaseri dilapor mengesahkan helikopter jenis Bell 429 itu adalah milik Polis Diraja Thailand, lapor portal Mothership.

Pitsanu memaklumkan Jawatankuasa Khas sedang menjalankan siasatan terperinci kes ini bagi memastikan reputasi polis terjaga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here