5 sekolah di Sabah rekod kes Covid-19

0
2

SEBANYAK lima sekolah di Sabah telah merekodkan kes positif Covid-19.

Menurut Datuk Masidi Manjun yang juga jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, lima sekolah itu hanya membabitkan daerah Kota Kinabalu.

“Lima sekolah merekodkan kes positif Covid-19 iaitu SJK (C) Shan Tao Kota Kinabalu dengan tiga kes, SJK (C) Chung Hwa Likas (satu); SJK (C) Chung Hwa Kota Kinabalu (dua); SM Shan Tao (tiga kes).

“Diikuti SRK Lok Yuk Likas dengan satu kes membabitkan seorang guru, di mana kes itu direkodkan pada Februari lalu.

“Empat sekolah iaitu SJK (C) Yue Min Penampang, Yue Min Kindergarten Penampang, St James Likas dan Menggatal Lok Yuk Kindergarten tidak mencatatkan sebarang kes Covid-19,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau mengulas mengenai perkara terbabit dalam kenyataan media bagi menjawab dakwaan mengenai senarai sekolah di Kota Kinabalu dan Penampang direkodkan mempunyai kes Covid-19 yang tular di laman media sosial sejak semalam. – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook SJKC Chung Hwa Likas dan Twitter Datuk Masidi Majnun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here