PENGENDALI Lebuh raya Prolintas Expressway Sdn. Bhd. menutup semua Lorong di KM15.9 GCE petang ini berikutan berlaku kemalangan melibatkan lori tangka minyak dengansebuah lori membawa muatan tanah.
Dalam kejadian petang itu, berlaku tumpahan minyak sawit di tempat kejadian menyebabkan semua laluan tergendala.
“Sebuah lori dengan muatan tanah melanggar lori tangki yang membawa minyak sawit berlaku di KM15.9 GCE petang tadi.
“Akibat kemalangan itu berlaku tumpahan minyak sawit di lokasi berkenaan, menyebabkan Prolintas Expressway Sdn. Bhd terpaksa menutup semua lorong bagi kerja pembersihan.
“Laluan kontra telah diaktifkan untuk membantu melancarkan aliran trafik dan pihak GCE akan mengeluarkan maklumat kemaskini mengenai kejadian dari semasa ke semasa menerusi akaun Twitter GCE @GCEtrafik,” kata kenyataan itu.
Pengguna dinasihatkan untuk mematuhi arahan lalu lintas dan berhati-hati ketika memandu. -Malaysiapost

