Hutang negara semakin meningkat – Najib

0
2

JUMLAH pinjaman baru dibuat kerajaan dalam tempoh darurat dikatakan sudah meningkat ke RM75 bilion.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendakwa jumlah itu susulan kerajaan membuat pinjaman RM4.5 bilion kelmarin dan pinjam lagi RM1.5 bilion semalam.

“Maka jumlah pinjaman baru dibuat kerajaan dalam tempoh darurat naik ke RM75 bilion.

“Masih ada RM16.9 bilion dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang boleh dikorek kerajaan PN secara serta-merta selepas warta darurat terbaru hari ini (semalam),” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, ramai yang tak sedar bahawa Menteri Kewangan pernah kata hutang kerajaan dijangka naik ke RM975 bilion (sikit lagi RM1 trilion) pada akhir tahun ini.

“Jumlah itu berbanding RM879.6 bilion pada akhir tahun 2020, RM793 bilion pada akhir 2019 dan RM688.6 bilion pada akhir tahun 2017 masa Barisan Nasional (BN).

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sendiri yang kata. Bukan saya kata,” katanya.

Beliau berkata, melihat trend pinjaman terkini dan kuasa darurat yang diberi, tidak mustahil bahawa kerajaan mungkin terlepas sasaran RM975 bilion iaitu (naik RM100 bilion dalam satu tahun) dan mungkin tercecah RM1 trilion. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here