Kerajaan lantik 13 Ahli Penasihat AIAC

0
2

SERAMAI 13 individu telah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) yang berperanan menentukan strategi dan pelan tindakan serta meningkatkan aktiviti pusat berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hasan, berkata pelantikan itu sudah berkuatkuasa pada 1 April lalu bagi tempoh dua tahun.

“Kerajaan telah bersetuju melantik Ahli Majlis Penasihat AIAC yang berperanan menentukan strategi dan pelan tindakan bagi memperkukuhkan AIAC serta meningkatkan aktiviti-aktiviti pusat tersebut.

“Di samping itu Majlis Penasihat ini akan turut berfungsi membantu Pengarah AIAC, Tan Sri Datuk Suriyadi Halim Omar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelantikan Ahli Majlis Penasihat AIAC dari dalam dan luar negara itu dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas individu-individu berkenaan dalam industri Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) di negara masing-masing.

“Dengan pelantikan ahli Majlis Penasihat AIAC ini saya berharap AIAC akan meneruskan kecemerlangan sebagai sebuah institusi ADR dan pusat timbang tara yang unggul dan terkemuka di dunia,” katanya.

Berikut adalah senarai keahlian yang dilantik.

  1. Tun Arifin bin Zakaria (Pengerusi)
  2. Tan Sri Idrus Harun (Peguam Negara)
  3. Tan Sri Sulong Matjeraie
  4. Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham
  5. Raja Datuk Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan
  6. Datuk Nitin Nadkarni
  7. Dr Wafi Nazrin Abdul Hamid
  8. Tan Swee Im
  9. Prof. Doug Jones AO (Australia)
  10. Dr Hassan Arab (Emirates Arab Bersatu)
  11. Monica Feria Tinta (United Kingdom)
  12. Khawar Qureshi QC (United Kingdom)
  13. Vyapak Desai (India)

Pada Disember 2020, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, 69, dilantik sebagai Pengarah AIAC oleh jemaah Menteri bagi sesi 2020 hingga 2022.

Pelantikan Suriyadi sebagai Pengarah AIAC juga adalah hasil konsultasi pihak kerajaan dengan Asian-African Legal Consultative Organization (AALCO) selaras dengan AIAC sebagai institusi antarabangsa yang bebas dan bernaung di bawah AALCO. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here