Kebolehjangkitan Covid-19 di Kelantan meningkat

0
1

KELANTAN masih mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt tertinggi dengan 1.44 semalam dan menunjukkan peningkatan berbanding 1.43 hari sebelumnya.

Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara pula adalah 1.15 menurun 0.01 berbanding kelmarin.

Kuala Lumpur mencatatkan kadar Rt kedua tertinggi iaitu 1.29, diikuti Melaka (1.21), Pahang (1.18), Sabah (1.15) dan Sarawak (1.14).

Kadar Ro/Rt di Selangor, Johor dan Negeri Sembilan pula adalah masing-masing 1.11.

Kedah mencatatkan 1.10, manakala Putrajaya pada kadar 1.05 diikuti Pulau Pinang 0.94, Perak (0.87), dan Labuan (0.70).

Di Terengganu dan Perlis pula masing-masing mencatatkan hanya satu kes sahaja semalam. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/04/21/covid-19-kadar-kebolehjangkitan-di-kelantan-tertinggi-dalam-negara/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here