PASANGAN suami isteri yang tular merentas negeri ke Johor kerana ‘honeymoon’ dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu, bulan lalu.
Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, 24, yang memakai jubah kelabu manakala suaminya, Azharique Shah Abdul Jalil, 23, berjubah putih dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia, lapor Sinar Harian.
Sebelum ini, tular gambar pasangan itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.
Sebelum ini, tular gambar pasangan itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.
Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju, untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.
Sebelum ini, tular gambar pasangan itu di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan dan cuba memberi tip kepada netizen berkenaan cara-cara untuk merentas negeri.
Pasangan tersebut telah hadir ke Balai Polis Wangsa Maju, untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru atas urusan perniagaan dan mereka telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat. – Malaysiapost

