Kenapa Umno tak namakan Zahid calon PM? – Bersatu

0
1

KENYATAAN Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan bahawa parti itu mempunyai ramai calon pemimpin untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sekali gus dilihat menindakkan kemampuan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Biro Penerangan Bersatu, Hizwan Ahmad, berkata kenyataan Shahril itu secara tanpa sedar mengakui bahawa Umno tidak mempunyai keyakinan penuh terhadap Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri.

“Kenapa Shahril sendiri takut untuk mengangkat nama Ahmad Zahid sebagai satu-satunya calon yang layak sebagai PM daripada Umno? Adakah Shahril merasakan Ahmad Zahid mempunyai masalah dan sudah tidak layak?

“Situasi ini berbeza dengan Perikatan Nasional yang tuntas mencadangkan agar YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, situasi itu berbeza dengan Bersatu yang komited dengan kemampuan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Seperti yang disebut sebelum ini oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, tidak ada sesiapa boleh mencabar rekod dan komitmen Muhyiddin dalam membela nasib rakyat dan mengembalikan maruah negara,” katanya.

Semalam, Shahril berkata, Umno tidak mahu tergesa-gesa memutuskan calon Perdana Menteri kerana tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) belum ditetapkan lagi.

“Umno belum menamakan. Bila hendak menamakan, itu keputusan Umno-lah. Setahu kami, PRU bukan esok maka, Umno tak tergesa-gesa hendak menamakan calon PM.

“Seperkara lagi, berbeza dengan Bersatu, Umno ada ramai pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan bukan hanya sebagai calon suatu jawatan Perdana Menteri tetapi membarisi kepimpinan secara umumnya, baik di peringkat Persekutuan atau Negeri,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/19/umno-tidak-mahu-tergesa-gesa-namakan-calon-pm-shahril/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here