4 suspek langgar kereta, samun ditahan

0
2

POLIS tahan empat lelaki dipercayai terbabit kes samun di Taman Sentosa di Klang, Selangor yang videonya tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan berhubung video tular itu.

Beliau berkata, dalam dua klip video berdurasi 24 saat itu menunjukkan sekumpulan lelaki dipercayai menendang dan memecahkan cermin sebuah kenderaan di tepi jalan raya.

Katanya, kejadian samun itu dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas kereta dinaiki dua lelaki dilanggar dari arah belakang oleh suspek.

“Mangsa sedang memandu bersama sepupunya di Taman Sentosa, Klang sebelum tiba-tiba telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta jenis Honda Civic yang dinaiki oleh empat suspek berkenaan.

“Suspek bertindak memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dan kenderaan dan memukul mangsa dengan menggunakan kayu serta merampas sebuah telefon bimbit milik sepupu mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis berjaya menahan keempat-empat penjenayah berkenaan dan ujian air kencing mendapati semua mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here