Maqis tahan anjing baka ‘German Shepherd’ di KLIA

0
3

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan seekor anjing baka ‘German Shepherd’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Jumaat lalu.

Ini selepas pihaknya mengesan nombor mikrocip pada haiwan itu berbeza dengan dokumen permit import yang diisytiharkan.

Menurut Pengarah Maqis Selangor, Zamri Hashim kesalahan tersebut dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen dan fizikal haiwan berkenaan di kawasan pemeriksaan Maqis di KLIA pada jam 2.30 petang.

Katanya, mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan salah di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau eksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan dalam negara,” katanya kenyataan hari ini.

Haiwan tersebut kini ditahan dan dikuarantin untuk tindakan lanjut. -Malaysiapost

Foto Kredit: MAQIS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here