Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia

0
2

Nurul Huda Abhar

PELAKON veteran, Abu Bakar Omar meninggal dunia jam 9.04 pagi tadi dan berita sedih itu dimaklumkan anaknya menerusi laman Facebook Mohd Zainuddin Abu Bakar, sebentar tadi.

Menurut Mohd Zainuddin, jenazah bapanya akan diuruskan di Kuala Nerang, Kedah.

“Di kemuliaan pagi Jumaat 4 Ramadan 1442H bersamaan 16 April 2021 jam 9.04 pagi.

“Dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa Ayahanda Kami Tuan Haji Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke Rahmatullah.

“Jenazah akan diuruskan di No 7 Jalan Bukit Nyamuk Mukim Kurung Hitam Kuala Nerang. Solat Jenazah dijangka selepas solat Jumaat,” katanya dalam hantaran itu.

Mohd Zainuddin berkata, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Alor Setar selepas solat Asar.

“Jenazah akan disemadikan dan disolatkan sekali lagi Masjid Al Ghufran di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru Jalan Pegawai Alor Setar Kedah selepas Solat Asar Insya-Allah.

“Mohon doakan Ayahanda kami diampuni segala khilafnya…di tempatkan bersama para solihin,” ujarnya.

Beliau mewakili pihak keluarga Allahyarham memohon maaf atas jika terdapat sebarang kesalahan bapanya sebelum ini.

“Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap Almarhum Ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini.

‘Diberkati rahmat Allah selalu duhai Ayahanda..Kami akan sentiasa merinduimu..Dari Allah kita datang… Kepada Allah kita kembali,” katanya.

Allahyarham Abu Bakar Omar, 72, banyak dicalonkan dan memenangi anugerah bersandarkan kualiti lakonannya di layar perak.

Antaranya, Allahyarham pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki terbaik pada Anurgerah Skrin tahun 1999 menerusi drama ‘Mata Hati’. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here