Lelaki didakwa rogol 2 wanita termasuk remaja 17 tahun

0
2

SEORANG lelaki berusia 32 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan merogol dua wanita termasuk seorang remaja dalam kejadian berasingan tahun lalu dan 2019.

Tertuduh, Muhammad Daniel Rosli Abdullah bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa berusia 20 tahun di sebuah hotel di Taman Skudai Baru pada jam 10 malam, 28 Julai tahun lalu, lapor Utusan Malaysia.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 17 tahun di sebuah hotel di Taman Pertama, Kulai antara jam 7 pagi hingga 4 petang pada 7 April 2019.

Atas kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol yang mana boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes.

Ahmad Kamal Arifin turut memerintahkan agar tertuduh mendapatkan khidmat peguam.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Aqillah Ahmad Fuad dan Siti Norliza Abdulla. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here