Polis rampas 100kg emas, wang tunai di rumah suspek belasah 2 ‘bodyguard’

0
1

SEJUMLAH 100 keping emas seberat 100 kilogram (kg) dirampas polis daripada seorang suspek yang ditahan kerana disyaki terbabit kes dua pengawal peribadi dibelasah dan diacu pistol oleh majikannya hanya kerana berpuasa.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata kesemua emas itu dirampas di sebuah rumah yang terletak di Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai membabitkan mata wang dolar Amerika sebanyak 12,500 keping.

“Selain itu polis merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru. Pistol ini bawah kawalan seorang mangsa iaitu pengawal peribadi dan kepunyaan syarikat kawalan keselamatan. Maknanya dia berlesen.

“Lesen ini kita akan membuat siasatan lanjut. Kita juga merampas 5 telefon bimbit dan juga rotan yang digunakan,” katanya seperti dilaporkan Suara Merdeka.

Arjunaidi berkata, keseluruhan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM28.45 juta.

Katanya, empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes itu telah direman lima hingga tujuh hari bermula hari ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/15/suspek-belasah-2-bodyguard-kerana-berpuasa-ditahan/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here