Sarawak catat kes Covid-19 tertinggi hari ini

0
2

KES baharu jangkitan Covid-19 di Sarawak semakin membimbangkan dengan 607 kes direkodkan hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan, berkata kes baharu di Malaysia masih menunjukkan peningkatan dengan 1,767 kes hari ini.

Menurut KKM, ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 363,940.

Selain Sarawak, empat negeri turut mencatakan kes tiga angka iaitu Selangor 483 kes, Kuala Lumpur (133), Sabah (117) dan Kelantan (103).

Manakala, Kedah mencatatkan 39 kes, Perak (36), Johor (74), Pulau Pinang (92), Negeri Sembilan (29), Pahang (14) dan Melaka 17 kes.

Sementara, Putrajaya 7 kes, Labuan (3) dan tiada kes baharu direkodkan di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here