Najib ramal kes harian tidak turun ke dua angka menjelang Mei

0
2
Pix via Malaysiapost

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meramalkan hasrat kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menurunkan kes jangkitan harian Covid-19 pada Mei tidak akan kesampaian. 

Menurutnya, ia mengambil kira trend peningkatan kes sejak 7 April, amaran gelombang keempat serta kadar vaksininasi yang menurutnya sangat perlahan. 

“Menteri Pertahanan beri amaran bahawa Malaysia mungkin berdepan gelombang keempat Covid-19 biarpun gelombang ketiga masih belum reda. 

“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt diberi KKM naik ke 1.07 iaitu paling tinggi sejak 4 Feb 2021 lalu dan di atas paras neutral 1.00,” katanya dalam hantaran di laman Facebook. 

Beliau juga memuat naik tangkap layar laporan berita yang berkaitan dengan kenyataan yang dibuat itu. 

Najib juga memetik kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa bekalan vaksin yang mencukupi hanya dijangka pulih pada Jun. 

“Nampaknya hasrat kerajaan untuk turunkan kes jangkitan baru setiap hari kepada dua angka menjelang bulan Mei dengan pelaksanaan darurat/ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari lalu bakal tidak kesampaian. 

“Apapun, kita jangan leka semasa menyambut bulan Ramadan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here